Posted by: mazlanjatidiri | Januari 17, 2010

Stormreaders……….

Salam…. dah lama tak bercerita dalam blog ni. hehehehe. Sibuk la kononnya.. Sibuk dengan main game jer…. hahahahaha… dah masuk tahun baru pun.Tahun Hijrah dan masihi.. sempena 2010 ni banyak perkara nak dikongsikan…

1    Bilik kaunseling dah dapat yang baru… Hehehehe… Harap azam tahun ni dapat menjalankan perkhidmatan B&K dengan sempurna. Nanti aku uploadkan gambar bilik baru.. Tapi masalahnya buku panduan perkhidmatan B&K tak sampai kat sekolah lagi pun…

2 Aku baru join syarikat MLM berasaskan syariah yang baru. Stormreaders.. Klu you all nak tau apa maklumat dia boleh rujuk http://www.stormreaders.com/home/  dan http://www.stormreaders.net/mazlan    untuk buat belian.. Aku sebenarnya dah malas nak join MLM ni. Tapi oleh kerana seorang tokoh muamalat yang jadi panel penasihat syariah dia. Maka aku join sebab yakin yang syarikat ni patuh syariah. Panel syariah dia Ust Zaharuddin dan Ust Zahazan…. Semoga aku dapat kembangkan lagi perniagaan ni.

3   Aku sekarang dah pindah rumah dekat Kepala Batas. Zaujah aku dapat keja baru bulan 9 tahun lepas sebagai Pengurus Rumah Kebajikan Warga Emas Darul Hanan Pulau Pinang.. Alhamdulillah….. Dia bagi Kuarters untuk pengurus.. Jimat sikit kos rumah sewa. Cuma kos aku pegi keja je bertambah.. Jauh jugak dari Kepala Batas nak ke Jalan Baharu…. Jem pulak tu kat Sungai Dua.. Nanti aku upload gambar Darul Hanan tu….

4   Aku sedang menunggu keputusan pemangkuan ke gred DGA32 hakiki.. Aku tanya BSM KPM katanya sedang di proses… Rasanya result dah ade tu cuma mungkin tak sampai lagi ke penang… Apa-apa result aku maklum kan semula nanti.

Rasanya setakat ni sajalah… hmmmmm…. nak keluar bawa anak dan isteri…

Advertisements
Posted by: mazlanjatidiri | Februari 17, 2009

Azam Baru….

Assalammualaikum….

Sahabat semua.. Sudah sekian lama ana tak update blog ni.. Bukan sibukpun… Tapi.. entahlah.. Sekarang aku nak try mula semula menceritakan segala apa yang sewajarnya dikongsikan dalam blog ni. Hehehehe….. Bukan azam tahun baru tau.. Tahun baru masihi dan hijrah dah lama lepas.. Tapi kira macam azam baru jugak la. Hahahahaha…..

Pertamanya…

Tahun ni bermula dengan pelbagai program PPDa yang perlu ana lalui… Dari peringkat daerah sampaila ke negeri.. Kebangsaan punya belum ade ape2 cerita lagi….. Nanti ana kongsikan perjalanan program PPDa yang telah lepas dan akan datang…..

Keduanya….

Jemputan ceramah boleh dikatakan setiap hujung minggu. Berkhidmat membantu memberi ceramah motivasi kesedaran.. Di samping menambah sedikit pendapatan keluarga..

Ketiganya…

Isteri kesayangan akan melahirkan anak yang kedua.. Boy jugak.. Dijangkakan akan lahir pada 4/4/09.. Semoga segalanya selamatla.. Ana ade program kat Johor Bahru plak pada 13,14 & 15 Mac 2009.. Tu yang risau sikit ….

Keempatnya…

Sekarang ni dalam proses nak mencari kawan-kawan lama yang telah terpisah… Macam mana nak cari.. Ana cuba melalu fs.. Baru ni ade la jumpa Wati, Masturaiza, Hafidz, (SM Sayong) Hafizah (MP Islam).. Diharap kawan-kawan lain dapat la berinteraksi dalam fs atau YM…

http://profiles.friendster.com/44139144

Kelimanya…

Ana dah nak masuk sem dua PJJ UKM- Sarjanamuda Pengajian Islam (Kepujian).. Ana tak ceritakan pun sebelum ni.. Takpe, nanti ade kelapangan ana cerita serba sedikit perkembangan study tu.. Hehehehe. Dah tua-tua ni nak belajar susah sikit… Bukan masalah ape.. Ongkosnya perlu banyak… Alhamdulillah. Result sem satu di tahap memuaskan… Walaupun tak dapat anugerah dekan.. Tapi Alhamdulillah….. Dapat 3.22… Ana lemah bahasa arab… Dapat C- jer Maharah Qiraah… Hehehehe..Maklumla dah lama tinggal….. Walau ape pun.. Ana tetap bersyukur…

Keenamnya… Ada satu perkara nak kongsi sebenarnya.. Tapi nanti dulu la..  Bila ianya menjadi kenyataan ana akan kongsikan disini.

Ok la… setakat ini dulu.. Ana nak ke klinik.. Batuk dah 3 hari tak berenti ni..

Posted by: mazlanjatidiri | Jun 16, 2008

Perkembangan Terkini

Salam… sory la lama dah tak update blog nie. Memang terlalu sibuk. Pagi tadi (16 Jun) baru balik dari JB. Menjalankan program motivasi bersama Aswad. Program pertama di bawah Insani Training & Consultancy. SK Kempas, peserta lebih kurang 200 orang. Penat jugak, maklumlah jalankan program 2 orang jer. Alhamdulillah… guru-guru banyak membantu sbg fasilitator.

Secara keseluruhan program ni sangat berjaya. Respon daripada pelajar, guru-guru, Guru Besar dan parent.

Semua kekuatan datang daripada Allah SWT.

Semoga dimudahkan segala urusan untuk program yang mendatang.

Posted by: mazlanjatidiri | April 21, 2008

Sibuknya bulan ni….

Semalam.. 20 hb 4 baru habis kursus manikayu induksi dan modul A. Ana terlibat sama sebagai jurulatih kursus tu. Dipertanggungjawabkan bagi 2 slot ceramah… Komitmen pemimpin dan kepengakapan dalam masyarakat/ komuniti.  Kursus ni dijalankan 2 hari mula 19 hingga 20 hb 4 oleh PPM Negeri Penang (Pasukan Latihan) dipengerusikan oleh Encik Abu Bakar. Pesara Guru Besar.. Peserta seramai 55 orang dikalangan pengakap kelana, lepasan pelajar SPM dan guru2 yang masih belum menghadiri sebarang kursus manikayu…

Sebelum ke kursus ni pada 19 hb 4 kat sekolah diadakan perkembangan staff… Encik Mohd Ariffin Bin Awang (Pengarah FAMA Wilayah Utara – Penang, Kedah, Perlis) yang menyampaikan ceramah. Sangat bermanfaat dan berguna serta bermotivasi sesi ceramah beliau…

Hujung minggu  nie 25 hb 4 (malam) ceramah untuk murid UPSR SK Seberang Jaya…. Masa yang sama iaitu 25 hingga 27 hb 4 terlibat sebagai fasilitator kem nafas segar peringkat negeri di kem kenari, yan kedah. So… rancangnya kena ke kedah pagi sabtu la… 27 hb 4 sepatutnya ada sesi ceramah di ILP, Kepala Batas… Ceramah untuk pelajar UPSR anjuran Anice Training Centre….Pening nak adjust masa… Pastu 27 hingga 29 April ni jugak perlu ke Johor… Kursus JU PPDa pulak… Tadi tengok sambil lalu je surat tu, sebab GB tak minitkan lagi. Esok mungkin dapat la surat tu. 23 hb 4 (Rabu) mesyuarat 2.30 ptg kat JPN tentang kursus JU PPDa ni untuk mendapatkan makluman lanjut.

    

Posted by: mazlanjatidiri | April 12, 2008

Bulan yang paling sibuk…

Bulan ni boleh dikatakan bulan yang penuh dengan xtvt ceramah…. Selepas balik dari kursus di IAB (Utara) pada 4 hb April malam ana dijemput ceramah di SK Sri Impian. Ceramah untuk pelajar2 UPSR sekolah tu… Aktiviti ceramah berlangsung di BTP Pokok Sena.. Esoknya SK Mengkuang pulak jemput untuk bagi ceramah Maulidurrasul…. Lepas je selesai bagi ceramah terpaksa bergegas ke sekolah pulak… Kebetulan tarikh yang sama ada aktiviti Kem Bestari Solat (J-Qaf).

6 April Ceramah motivasi UPSR anjuran ANice training… Pelajar-pelajar sekitar daerah tengah…. Majlis dibuat di Institut Perguruan Tuanku Bainun, BM

9 April ke PPD Selatan terlibat dengan meeting program Nafas Segar Peringkat Negeri Penang. Terlibat sebagai fasilitator kem tu…

10 April, Ust Azhar PPD Tengah ajak ke Kem Kenari Yan Kedah sebagai lawatan tapak untuk kem tersebut… So pagi tu ke Yan dengan Kak Nora Sk Seberang Jaya, Ust Azhar PPD, dan EN Isahak Peg JPN.

Esok 13 April sekali lagi ANice Training jemput ceramah motivasi UPSR. Kali ni untuk murid di daerah utara plak…. Kali ni buat di ILP, Kepala Batas….

So banyak lagi slot ceramah dan xtvt bulan 4 ni… Nanti ana update segala aktiviti yang dah berjalan. Semalam Heng Setiausaha Pasukan Latihan Negeri Pengkap Penang call dan jemput untuk sertai program kursus induksi manikayu peringkat negeri.. Sat gi lepas solat nak ke Rumah Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Cikgu Bakar untuk bincang lanjut tentang xtvt ni…

 

Posted by: mazlanjatidiri | Mac 28, 2008

Melawat Serambi Makkah

Bergambar Kenangan Bersama Isteri dan Anak

Bergambar Depan Rumah Tok Guru

Lupa plak nak kongsi cerita. Masa cuti pertengahan penggal pertama yang lepas sempat la melawat negeri Kelantan bersama keluarga zaujah… Kebetulan baru habis musim pilihanraya masih banyak lagi bendera bulan dan gambar Tok Guru sedang berdoa di merata-rata tempat…

Sempat la pergi ziarah madrasah/ pondok Tok Guru…. Cadang nak ziarah Tok Guru tapi difahamkan Tok Guru tak berapa sihat. Jadi bergambar depan rumah Tok Guru pun dah rasa bangga…

Posted by: mazlanjatidiri | Mac 28, 2008

Latihan Dalam Perkhidmatan

Esok… 29 Mac 2008, ana perlu menghadiri Kursus Bimbingan & Kaunseling Dalam Organisasi Untuk Guru B&K Sepenuh Masa anjuran IAB (Cawangan Utara)..

29 Mac hingga 3 April 2008 (6 hari)

Posted by: mazlanjatidiri | Mac 28, 2008

Baru nak up date….

Bergambar bersama Imran masa hari mengundi berlatar belakangkan poter pilihanraya

Begitu lama baru ana nak up date blog nie… Sibuk sangat la tu… Nak kata sibuk tak jugak. Tapi biasala awal tahun dulu mula masuk sekolah sangat sibuk nak siapkan beberapa paper work program motivasi sekolah selain nak siapkan rancangan tahunan. Hujung minggu plak kadang2 ade jemputan ceramah…

Pastu sibuk pilihanraya plak. Apa plak yang ana sibuk bila pilihanraya nie… Ana tak terlibat pun dengan sebarang aktiviti kempen cuma sibuk melawat blog2 dan web2 yang berkenaan dengan parti politik dan pilihanraya. Saje nak cari maklumat tambahan selain dari paper ngan TV jer…

Posted by: mazlanjatidiri | November 20, 2007

Permata Hatiku

Permata hatiku Imran Husaini. 9 Disember ni genaplah umurnya 3 tahun. Dah nak pegi sekolah..

Posted by: mazlanjatidiri | November 19, 2007

Tahniah anak muridku..

Ketua-ketua panitia bersama guru tahun enam sedang mengira statistik keputusan UPSR dipengerusikan oleh Cikgu Ahmad Faiza (SU Peperiksaan)

Cikgu Sabri sedang mengucapkan tahniah kepada Ketua Murid di atas kejayaan mendapat 5A dalam UPSR

Bergambar kenangan bersama Cikgu Mizan Bin Dewa, GPK 1 SKJB

Tahniah kepada murid-murid SK Jalan Baharu, Perai yang mendapat 5A. Seramai 28 orang mendapat 5A daripada 174 orang jumlah keseluruhan murid. Pada tahun lepas seramai 9 orang sahaja. Ini bermakna rekod pada tahun ini meningkat begitu tinggi. Di harap dapat meneruskan perjuangan apabila ke sekolah menengah nanti. Kepada yang tidak berjaya jangan jadikan alasan untuk tidak meneruskan usaha yang lebih gigih lagi untuk mencapai kecemerlangan dunia & akhirat. teruskan perjuangan…

Older Posts »

Kategori