Salam…. dah lama tak bercerita dalam blog ni. hehehehe. Sibuk la kononnya.. Sibuk dengan main game jer…. hahahahaha… dah masuk tahun baru pun.Tahun Hijrah dan masihi.. sempena 2010 ni banyak perkara nak dikongsikan…
1 Bilik kaunseling dah dapat yang baru… Hehehehe… Harap azam tahun ni dapat menjalankan perkhidmatan B&K dengan sempurna. Nanti aku uploadkan gambar bilik baru.. Tapi masalahnya buku panduan perkhidmatan B&K tak sampai kat sekolah lagi pun…
2 Aku baru join syarikat MLM berasaskan syariah yang baru. Stormreaders.. Klu you all nak tau apa maklumat dia boleh rujuk http://www.stormreaders.com/home/ dan http://www.stormreaders.net/mazlan untuk buat belian.. Aku sebenarnya dah malas nak join MLM ni. Tapi oleh kerana seorang tokoh muamalat yang jadi panel penasihat syariah dia. Maka aku join sebab yakin yang syarikat ni patuh syariah. Panel syariah dia Ust Zaharuddin dan Ust Zahazan…. Semoga aku dapat kembangkan lagi perniagaan ni.
3 Aku sekarang dah pindah rumah dekat Kepala Batas. Zaujah aku dapat keja baru bulan 9 tahun lepas sebagai Pengurus Rumah Kebajikan Warga Emas Darul Hanan Pulau Pinang.. Alhamdulillah….. Dia bagi Kuarters untuk pengurus.. Jimat sikit kos rumah sewa. Cuma kos aku pegi keja je bertambah.. Jauh jugak dari Kepala Batas nak ke Jalan Baharu…. Jem pulak tu kat Sungai Dua.. Nanti aku upload gambar Darul Hanan tu….
4 Aku sedang menunggu keputusan pemangkuan ke gred DGA32 hakiki.. Aku tanya BSM KPM katanya sedang di proses… Rasanya result dah ade tu cuma mungkin tak sampai lagi ke penang… Apa-apa result aku maklum kan semula nanti.
Rasanya setakat ni sajalah… hmmmmm…. nak keluar bawa anak dan isteri…